-->
skip to main | skip to sidebar
my destiny

Stay rewarded . Lets Try.

http://stayreward.com/index.php?share=132284

Pages

  • Let's get reward!!

Welcome

Welcome to http://areyuelilylalola.blogspot.com/ :) don't forget to be my follower ok :)
Thursday, November 17

Ciri-ciri Wanita mengikut zidiak


Sekadar Hiasan

Wanita Api
Aries (21/3-20/4) ,Leo (24/7-23/8), Sagittarius (23/11-21/12)

+Dilahirkan sebagai pemimpin.
+Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
+Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
+Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah dan mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
+Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
+Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar, wanita ini harus diberi ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
+Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.


Wanita Tanah
taurus( 21/4-20/5), Virgo(24/8-23/9), Capricon(22/12-20/1)

+Seorang yang boleh dijangka, berwibawa, dan praktikal.
+penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
+Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita ini berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
+Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
+Sifat marah yang terkawal serta kepeluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
+Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia.


Wanita Angin
Gemini(22/5-21/7), libra(24/9-23/10), Aquarius(21/1-19/2)

+berterus terang , berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
+Berfikiran terbuka, mempunyai data imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
+Bergaya , tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
+Sanggup mengorbankan kehendak iaitu idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
 +Sentiasa gigih unutuk mendapatkan cinta yang terunggul.
+Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
+Dikenal dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


Wanita Air
Cancer(22/6-23/7), Scorpio(24/10=22/11), Pieces(20/2-20/3)

+Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
+Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah simpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
+Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



Tips-Tips Tambahan :

*Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan anda tidak pernah berjalan sendirian.manusia jauh melebihi segala ciptaan lain perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu ,ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur. dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan , bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih sayang memberikan perhatian dan cintanya.



0 comment
Saturday, November 12

"kesempurnaan" .. =)

sumber dari FB
                       

                   Video nie aku download daripada FB. Video ini membawa mesej yang sangat bermakna. Dimana "ketidaksempurnaan" itu membawa erti yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Bila aku tengok dan menghayati kata-kata dalam video ini. Tersentuh seketika, bila aku sering kali marah bila insan yang aku sayang membuat perkara-perkara yang aku tak suka. Tapi hakikatnya, betul apa yang mesej ini sampaikan , bahawa suatu saat bila insan yang kita sayang telah tiada di sisi, perkara sebegitulah yang akan kita rindui. Hargailah orang yang kita sayang, jangan sia-siakan mereka. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

0 comment

Disebalik tarikh 11.11.11

                   
   

                   Pada tarikh keramat ini, ramai pasangan berlumba-lumba untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. ada yang sanggup berkahwin secara beramai-ramai, asalkan mereka dapat berkahwin pada tarikh 11.11.11. Tarikh ini memang membawa makna yang besar bagi mereka. Sebagai contoh, ramai artis di Malaysia mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tarikh ini seperti Dira Abu Zahar dan Helmi,Lan A to Z dan Siti Nur Ain, Ezlynn dan lain-lain. 




                    Pada tarikh keramat ini juga, Sukan Sea ke-26 telah membuka tirainya di Indonesia. Kontigen-kontigen yang menyertai Sukan Sea ini amat menantikan tarikh keramat ini. Acara ini berlangsung di Jakarta dan Palembang. Diharapkan agar Malaysia memperoleh kejayaan yang cemerlang dan membawa pulang pingat emas  yang ditarget. 







                    Tetapi malangnya, dalam kita bergembira dengan perkahwinan dan sukan dan sebagainya, ada tragedi yang telah meragut 4 nyawa dimana berlakunya kemalangan antara Bas dan traler di Slim River. 11.11.11 merupakan tarikh yang bermakna dan dianggap membawa tuah. Tetapi malangya tarikh keramat seperti ini juga membawa pelbagai tragedi yang buruk. Seperti tragedi kemalangan yang berlaku pada 10.10.10. Ucapan takziah dah Al-Fatihah kepada ahli keluarga mangsa.



# Sumber daripada Berita Harian dan metro.
# Gambar -gambar sumber dari Google.

1 comment
Friday, November 11

Go Team Malaysia!!

                 
              Go team Malaysia !! Sempena 26 tahun Sukan sea di Indonesia 2011. Hopefully, our team will be bring the gold pedal for Malaysia. =) I'm really proud to be malaysian. Jom!! same-same bagi sokongan untuk Malaysia. =)  Yeayhhhh 


Official Video 

Info Lagu nie:
* Gemuruh Suara  telah dilancarkan oleh TM dgn kerjasama majlis Sukan negara.
*Tujuan utama Gemuruh Suara adalah untuk menggabungkan penyokong dan menyemarakkan lagi semangat Malaysia Boleh dalam hati atlet negara.
*Lagu ini merumuskan semangat keghairahan penyokong sukan negara dan dapat menjadikan inspirasi atlet negara untuk memberikan yang terbaik dan membawa kembali kegemilangan kepada negara..
*Lagu ini dinyanyikan oleh Ramli Sarip,KRU, Hannah Tan, Suki Low, Mooky of One Buck Short & Caprice.



*Setiap bait lirik membawa makna yang besar
*"Jangan Cepat Mengalah"
*"tak ada yang mustahil, semuanya boleh" 


0 comment

Saya dah mendaftar.. anda?!

                Semalam aku dan kawan aku, Yunus dan Ecam pergi mendaftar mengundi kat Pejabat Pos Muar. Hehe, Mulanya, aku malas nak mendaftar, konon-kononnye aku nak jadi orang yang tak nak mendaftar. Haha , tapi, aku pikir balik, alang-alang dah datang dan dah berada di hadapan mesin no, terpaksa aku ambil no giliran. Hurm, takpe lah, demi negara ku yang tercinta. Cheeewahh. =)


                 Aku orang ke3 yang mendaftar, Kawan-kawan aku, siap nak tinggal kan aku kalau lambat. geram je, abang kat counter tu yang lambat. hehe. Lepas je aku siap mendaftar, aku dengan ecam pergi teman si yunus mencari baju kemeja untuk program dia naik cuti nie. Hurm yang buat kitorang penat, pergi banyak supermarket and store, tapi tetap tak jumpa baju yang same saiz dengan dia. Ape lah nasib , badan kurus salah, gemuk salah haha.. tapi nie, takat kurus maxima haha.

                Kiteorang pergi Astaka, then pergi Kheelas.. last2 aku ajak mereka nie pergi Wetex Perade.. yelah, asik cari baju xjumpa, dengan saiz tak ade. nasib baik jumpe dan dapat baju yang dia nak. lepas tu, aku pulak nak cari buah Dragon Fruit. Mama aku teringin nak makan. Kiterang pusing-pusing 1 Muar, last2 dekat pasaraya Freshco gak ade. 

              Dah dapat barang yang kitorang cari, kitorang pown lepak lah macam biase kat Tanjung Mas, Muar. Makan nugget + bual-bual dekat jam 630ptg kiterang gerak balik rumah. mula-mula yunus hantar ecam dulu, yang menarik sangat-sangat keadaan awan dan bulan yang sangat cantik, dan membuatkan aku merasa sangat-sangat kerdil. kerana keagunggan ciptaan tuhan. =) Alhamdulillah..


No giliran aku.


Nie dia salinan borang aku hehe.


pelangi petang jam 6.50 pm.

      






            
0 comment

Drama Emily tv3

                        Cerita Emily nie membuatkan penonton dia tergamam dan rase terpegun. mesti terdetik dala hati setiap penonton nak hero dia romentik. Aku tengok cerita nie, samapai aku boleh terpikir. betapa "best" dan ber"untungggg"nye aku kalau aku dapat berada dalam situasi dalam cerita tu. hehe =) (sorry terkuat berangan ) haha.

                       Kawan-kawan aku yang tengok cerita nie pown, masing-masing menyuarakan hasrat yang same. kalau boleh nak cerita nie ending dia lagi menarik. hahaha. tapi aku rase , jalan cerita dan susunan cerita dia, dah kire ok dah. =).. ok lah, pape pown. 5 bintang aku bagi untuk cerita yang betul-betul mampu membuatkan audience dia menjiwai dan merasai setiap jalan cerita nya. Tq..=)





emily!! hehe

Ady Putra & Nabila Huda

0 comment
Tuesday, October 25

Demam Public Speaking..


                         Diam tak diam aku dah berada di minggu Public Speaking. Turn aku pulak tu. Even aku orang yang ke20 tetapi aku tetap rase gementar. Yelah, pada minggu nie, orang yang akan memulakan presentation adalah orang yang ke 15. So aku adalah orang yang ke5.

                        Seriously, gugup giler kowt. Yang membuatkan aku terasa berat, apabila aku kena ber'make up'. hahaha. Betapa beratnye muka aku. hehehe. Tapi aku rase macam, aku tak buat dengan bersungguh2. yelah, aku rase kawan2 aku lagi better daripada aku. shame on me lah. =(



                        Aku punye tajuk public speaking, ialah 'How i feel when i never step to Mount Ledang'.
macam biase je kan cerita aku nieh. Tapi nak buat macam mane, Dah lepas dah pown. Minggu depan , aku kena tunggu keputusan, whether aku dapat baik or tak. Seram nieehhh =( . Ok lah. Demam Public Speaking dah surut, tapi sekarang tinggal demam quiz ,test dan presentation on subject. Papepown, Bismillah Hitawakkal Tu Alallah.. =) 






                       *chayok2!! untuk jadi yang terbaik  ..!!
0 comment
Monday, October 17

"Go Green" y Xberapa nk "Green"..

                         Aku nak share sikit pasal program yang aku sertai pada minggu lepas. Pada 15hb Oct, Subjek Personal development (MGT538)  UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah mengadakan satu program dimana, para pelajar yang mengikuti atau mengambil subjek PD perlu mengikuti satu program Go Green.

                        Program ini diadakan di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Program ini diadakan selama 1 hari. Di mana aku dan rakan-rakan aku bertolak pada jam 9pm pada 14hb. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak lah. Hehe. Sampai2 je aku di bahagikan bilik. Nasib baik 1 aras dengan member aku, dan aku dapat jugak 1 bilik dengan roommate aku. =).. 



                      So keesokkan nye, kami berkumpul pada jam 8am. Hurm , macam2 hal dengan aku ambil baju tanpa menulis name. Ish sangat memalukan. haha nasib baik yang uruskan baju tu, rakan kelas aku. So, tak lah bengang sangat. lagi pown, aku dah bayar. =).


                      Pada jam 830 lepas jek sarapan, kiteorunk pown bergerak lah menuju ke Dewan Taming Sari yang baru dibina. Punye lah penat bila ,aku dan yang lain kena menapak mendaki bukit, turun bukit.. fuhhhh selama 20 minit.. jauh kan. Seriously penat sangat-sangat. Sampai aku rase tak berdaya lagi dah hehe. Macam biase program start dengan lagu, doa, nyanyi . n ucapan. Lepas tuh start lah Go Green kami.

                    kami perlu menanam 300 batang pokok yang telah di'sponsor'. Huh bayangkan betapa penatnye kami. Program tamat jam5 ptg. Masing-masing bila dengar je nak balik, semua suka. Tapi tu lah, bus kami tetap jam10 malam. hurm,, jujur aku cakap, Program nie tak berapa best, coz tidak mengikuti segala perancangan yang telah ditetapkan. Hurm. papepown.. kami telah berjaya menanam 300 pokok dalam 1 hari. =) Yeaaayyhhhh ..


Smile2 hehe =) posing kejap


Lepas solat subuh.

Tunggu Sarapan pagi.


Bersama Mr Rabbit & Mr Tiger.

Bersama Pokok Bunga.


Bersama Beruang.

Bersama Pokok.

* papepown, program nie sangat best, dapat buat community service :) hehe 

0 comment
Thursday, October 13

When i was in primary school

                          Teringat zaman sekolah,. Mase kat sekolah aku nie nakal tak lah sangat. Alah nama pon budak-budak kan. Paling seronok bila zaman sekolah rendah kita kenang kembali. Yelah, sape tak rindu zaman sekolah rendah dulu kan. Walaupon aku dah belajar kat tempat lain dan dah pencen pakai baju sekolah nie, tapi tetap terkenangkan zaman sekolah. 


                          Paling aku ingat zaman sekolah aku, mase aku sekolah rendah. Mane tak nye, aku sekolah rendah 6tahun di sekolah yang sama. So, macam-macam kenangan aku dah lalui kat sane. Pengalaman aku takut dengan doctor gigi, takut kena injection, takut dengan cikgu yang ajar bahasa Inggeris, dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu kenangan. Aku hanya mampu mengimbas kembali kenangan ketika itu.


                         Bila aku cerita pasal sekolah rendah nieh.Teringat aku pada seorang guru yang pernah menjadi guru kelas aku dan adik-adik aku ketika kami pernah bersekolah di sana. Masa tuh tengah raya , aku boleh jumpe dengan bekas cikgu aku tu mase aku dan keluarga beraya rumah sedara mama aku.


                         Betapa kuat ingatan cikgu aku tu, sampai dia naik je rumah, terus tanya mana 1 anak murid dia dulu. Ayah aku, dengan spontan cakap "kakak". Mau tak terkejut aku. Cikgu tu ade lah.. Cikgu Muhaya. Hehe guru kelas aku mase darjah 1. Tengok sampai sekarang dia tetap ingat anak murid dia.


                         Aku ingat lagi dia suka puji anak murid dia. Dia pernah cakap dia suka mata aku. HAHA ade apa dengan mate nie? ade eyeback kowt hahaha.. Tapi dia pesan kat aku, kalau kawen jangan lupe jemput dia. Ye cikgu lah yang akan dapat kad jemputan yang terawal sekali. HEHE. Berangan je aku nieh. Ok lah, bebel panjang pown tak guna. 
                     
                         Last words aku nak cakap "Saya SAYANG CIKGU-CIKGU saya" . Tanpa cikgu, saya tak kan berjaya menjejakkan kaki ke alam Universiti. TQ cikgu. :)




Nie lah gambar kelas aku mase aku darjah 5Usaha/2001
~carilah mane 1 aku hahahaha..~ cari yang paling cute sekali taw.. :P


*download dari Tweeter facebook.. :D

2 comment
Wednesday, October 12

Semangat Uitm

                             Tadi petang dalam jam230 petang, aku dan rakan-rakan kos "Marketing" ade Extraordinary Grand Meeting. Dalam audi tu dah lah sejuk. naik beku aku dengan member-member aku. Nak-nak kitorunk minum "Cool blog" lagi. hehehe..
  

                              Macam biase lah, setiap permulaan majlis mesti menyanyikan lagu negaraku, lagu Uitm dan doa. Nie nak konsi sikit pasal menyanyi nieh. Alamklom lah dah cuti 4 bulan mase cuti sem yang lalu, so dah lame lah tak nyanyi lagu uitm tu kan. so, bile dah naik sem, pastu ade majlis dan program yang kena nyanyi lagu Uitm tu, hurmm bukan main semangat lagi dok melalak. hahaha.

                             Sampaikan, 1audi tuh bergema dengar suara kiteorunk nyanyi. Hahaha.Tapi serius lah, aku memang suka dengar lagu uitm nie. Bak kate orang tu, kalau kita menghayati, so kite dapat message yang nak disampaikan tuh.
                     

                             Tapi memang betul pown. Aku sampai nak study kalau dah mule tak de mood, aku terus pasang lagu uitm kuat-kuat biar bagi semangat sikit hehe. Nieh, aku nak kongsikan lagu Uitm yang sangat-sangat best dan bagi semangat kat aku,betapa bangganya aku jadi "student" Uitm , "especially" Uitm Kampus Bandaraya Melaka (KBM)  :)...


Uitm Di hatiku

  
Wawasan setia pelajar 

3 comment
Sunday, October 2

Jadual claz y sangat mantap!!

                     Haish, dah lame aku tak update kat blog nie. hehe sorry agak busy sikit lately. Biase lah dengan jadual yang sangat2 mantap. Sem nie aku ade 9 subjek, 6 final paper . Huh sempot mak.. hahahaha... :D
Tapi pape pon , redha je lah. Nie tanggungjawab aku kan. Aku berazam sempena hari yang bahagia, aku akan belajar bersungguh2, try to put my name at the dean list this sem.. InsyaAllah..Amin.. :) Pape pon, jom jengah jadual class aku hehe..

nie lah jadual saya untuk sem 3 nie.. :)
               Pape pon, kuatkan semangat ayu!! hehe chayok2 for this sem.. don't be lazy to study like a last sem. Aja aja Fighting!!!! :)
0 comment
Wednesday, September 14

Perangai nak naik sem

                         Macam2 kerenah kawan2 aku nak naik sem nie. Ade yang tak sabar nak naik sem, ade yang berat nak tinggalkan rumah. Hurm macam2 lah. Aku betul-betul tertarik dengan status member aku di Twitter Facebook ,. menarik sangat status dia tu. 





                        Nie lah status yang dia dok post kat FB. Menarik lah. Pape pon selamat kembali melaksanakan tanggungjawab sebagai student.. :) Chayok,,,chayok...

0 comment
Tuesday, September 6

Raya ke 7

                          Hari raye ke7 aku dan rakan2 aku beraya ke rumah guru2 kami. Seronok rase , even just a few rumah je yang kami dapat pergi. almaklomlah, limited of time.. hahahaha. so, kami pown beraya lah malam2 tu dengan perasaan takut2 kalau balik dah lewat. Yelah nanti kena marah dengan mak ayah.
      

                       Kami gerak beray jam 7.45 malam. terima kasih kepada rakan aku, yunus kerana sanggup datang dan menjemput aku dan yang paling penting, dia datang menjemput aku tepat pada masa yang telah ditetapkan ..hahaha(selame nie out of time). :) 


                     Kami smpai ke rumah sahabat kami Izzati @ bulat hampir jam 9. kami beraya sekejap. mase berada di rumah bulat, aku dapat makan kuih tart yang sangat2 unik. hehe It's like a candy but, it's a tart nenas !! awesome .. tapi sayang aku tak dapat ambil gambar dia, coz excited sangat makan tart yang cantik dan cute tuh.:)


                  Lepas je beraya rumah bulat, kami pown mulakan misi kami untuk beraya kerumah cikgu2 kami. Walaupun dapat beraya 3 buah rumah sahaja, tapi seronok. Macam2 hidangan guru2 kami sediakan, Thanks a lot teacher!!


               tepat jam 12a.m. kami pown bergerak pulang ke rumah masing2. Member aku sanggup hantar aku balik, walaupun.... hehehe.. dah pagi. Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing2 dan selamat mendengar bebelan mama aku hahaha.. :) papepown thanks yunus & kawan2 kerana ajak aku beraya bersama korunk semua. 




At Pn Noraini's house

At puan Mahani's house

0 comment
Thursday, September 1

hari raya ke-2

(Sample sahaja)
                  Alhamdulillah, best sangat2, akhirnya tahun nie aku dan family ikut makcik2 aku beraya rumah2 sedara mereka. Aku dapat lah menebalkan duit poket aku sebelum naik sem nieh, hahaha.. tak de lah gurau jek,. At least aku dapat mengenali sedara2 jauh dan sedara2 yang aku jarang kenal. 


                  Hari raya ke-2 nie pulak, turn aku dan keluarga pulang ke rumah nenek,. Rumah mereka tak jauh mana pown, satu jam sampai lah. aku gerak pergi rumah nenek dah petang dalam pukul 3 ptg. Sampai2 je, aku terus tengok makanan banyak terhidang kat atas meja. Ada ketupat, rendang ayam, sambal kacang, tom yam.. dll... banyak gile lah. Nie boleh menambahkan kegemukkan aku nieh. Anyway, aku tak makan banyak semalam, Almaklom lah sakit perut hahaha. 


                Lepas je makan  dalam jam 5 ptg, kami pown berangkat beraya bersama2 sedara kami. Banyak jugak lah rumah kami pergi. dalam 5 ke 6 buah rumah. Alah ok lah tu, lagi pown masa dah suntuk Dah malam nak malam. Lagi pown kami singgah minum makan kuih sikit pastu salam dan balik. Heehe alah yang penting bersalam2 tu je. Tapi bagi bebudak nie, duit raye is the most important for them. Hahaha.. Tak bermakna lah kalau kita beraya tapi duit tak dapat. Ni lah motif mereka untuk menambah duit belanja depa dan menabung. hehehe.


                Aku tidur rumah nenek aku 1 malam. cukup lah 1 malam , daripada tak de langsung hehe. Biasa lah rumah kampung sejuk. Aku dah biase coz rumah aku rumah kampung. No wonder lah kan. Hehe.. 
Anyway, i'm glad to be a Javanese's generation. Hehe, yelah dapat belajar cara masakan dia, macam2 lah. 


              By the way, duit raya aku dah melepasi angka Rm100.. Kaya tak aku? kaya kan. hehe . Alhamdulillah lah, dapat lagi duit raya. nak petua macam mane nak dapat duit raye? senang je, buatlah muke "cute" nanti dapat lah . hehehe .. Gurau je. Ok lah. Daaaa.
0 comment
Tuesday, August 30

Hari Raya

               Hari nie merupakan hari raya yang pertama. 1 Syawal. hurm tahun nie beza sikit, aku tak beraya langsung. Biase nye raya pertama , lepas solat jumaat dalam tengah hari sikit aku dan keluarga dah mula gerak balik rumah atuk dan nenek aku. Hurm tapi kali ne, aku dan family tak pergi mana2. Bosan pown ade.


              Terbalik pulak, makcik2 keluarga ayah aku dan atuk sedara aku yang datang rumah nie. dah macam rumah kiteorang nie tempat paling wajib mereka tuju. Sedeyh jugak lah, dah siap2 "iron" baju, last2 duduk rumah. Haa meeek aku dengan "simple2" pakai kain batik dengan t-shirt jek. Yelah dah tak de semangat langsung nak beraya.


            makcik2 aku datang tadi aku "cover" je mood ok. Padahal ati aku sedeyh, mau taknye tak pergi rumah atuk dan nenek lagi. Aku tau lah rumah atuk aku tu dekat, tapi nak jugak salam2 pagi raya macam dulukan.Sadis lah ..:( 


            Tapi ape pown aku suka, hahaha aku dapat duit raya lagi tau. Jangan jeles. Aku tau patutnya aku dah tak layak dapat duit raya lagi. Tapi dah rezeki orang nak bagi. So, terima jelah,. Ahahahaha. Siap makcik aku ade tegur aku , siap cakap lagi, "sekarang kakak dapat duit lagi, tahun depan kakak kena bagi duit raye kat budak2 nie pulak,". Aku dengan selambe cakap, aku lambat lagi habis hahaha. tapi memang betul pown, aku ade lagi 4sem sebelum habis. 


           Hurm macam2 lah hari nie. Okeyh lah. Harap2 lah nanti petang mama dan ayah aku ajak kiteorang beraya kat rumah jiran2. kalau tak beraya jugak. Melalak lah aku tengok je baju raye dok tergantung tuh. huh..
0 comment
Monday, August 29

Ramadan bakal meninggalkan kita.

                   Diam tak diam bulan Ramadan dah sampai ke penghujungnya dan akan meninggalkan kita. Sedih dan pilu hati ini bila Bulan barakah ini akan meninggalkan aku buat kali ke21. bersyukur kepadaNya kerana aku dapat menyambut dan melaksanakan ibadah puasa. 


                Bila kita cerita pasal bulan puasa ni, mesti kita akan terpikir, adakah kita dapat berpuasa dengan penuh keberkatan, ataupun hanya berpuasa atas nama Islam? Renung2kan lah. ibadah puasa ni, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi aku berpeluang dan diberikan kekuatan untuk aku mendirikan solat teraweh berjemaah di masjid berdekatan. Beruntungnye aku bila masjid berada depan rumah. jadi aku tak boleh lepas kan peluang yang hadir ini dengan sia2. Berkemungkinan juga ini merupakan peluang yang terakhir. Siapa tahu, ajal maut semua ditangan Allah. Kita sebagai insan yang hanya menumpang di bumi ini hanya mampu berusaha untuk peroleh keberkatanNya.


             Bila kita cerita menyenai sola teraweh, Bulan puase ini jangan lah kita sia2kan dengan perkara yang tidak berfaedah. luangkan masa untuk membaca ayat2 suci Al-Quran. kerana Al-Quran merupakan fadhilat yang agung yag telah ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. pahala dan ganjaran akan diberikan berlipat kali ganda jika kita membaca setiap huruf ayat Al-Quran ketika di bulan Ramadan. dan jangan lupa untuk melakukan sedekah kepada fakir miskin.


          Rasa bersyukur dan bertuahnya aku bla aku dilahirkan sebagai umat Islam dan lahir dalam keluarga Islam. Alhamdulillah. Semoga segala amal dan ibadah kita di bulan puasa ini di terima dan diberkati Allah.
InsyaAlah.. Salam Lebaran buat anda semua. Maaf Zahir dan batin jika ada terkasar bahasa, salah dan silap. :) Sesungguhnya kita insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. 




            Wasalam.
0 comment
Thursday, August 25

Selawat Burdah.

                   Nie task aku dan member2 aku untuk subjek arab sem 2. Ini merupakan idea rakan2 aku untuk menyanyikan selawat burdah ini. Yelah , task nie ade markah taw. Macam2 persembahan rakan2 kelas arab aku buat. Ade yang menyanyi, ade yang berlakon. Yang paling menarik, kreativiti mereka masing2. Tak sangka aku, bebudak kelas BM220 2A kreatif . Yelah ade yang sanggup bawa baldi segala, untuk buat music untuk persembahan diorang..
                  Macam2 kan. Tapi itu lah gelagat pelajar BM 220 2A.  Apa2 pon aku rase bertuah dapat 1 kelas dengan korunk. korunk "The best" lah!.. 
                 Group aku pulak simple je, nyanyi dan buat video sikit bagi ade latar belakang dah cukup. Tapi yang lawak nye, boleh pulak sound lagu tuh slow. haha macam2 lah. Tapi kiteorunk buat jugak. Asalkan the best.Thanks to all my group members,. Sayang korunk!! azie,Asmah,Elly & zilah.. :)
                   
Nie lah video selawat setelah di ubah.. (hak cipta terpelihara)

0 comment
Wednesday, August 24

Ramadhan

                         Sorry lately aku tak sempat nak buat post, almaklom lah puase kan, So, banyak kerja. Cerita pasal bulan Ramadhan nie, aku rase bertuah dan beruntung pluss bersyukur , sebab tahun nie aku dapat berpuase dengan family tercinta. Sem lepas aku berpuase di kolej bersama rakan2, tiap hujung minggu baru aku dapat merase bersahur dan berbuka dengan keluarga. :) Seronok rase. Ok lah aku nak story mory dengan korunk aktiviti aku semase bulan puase nie.

                    Bulan puase nie , macam biase lah, aku masih tidak bekerja, tapi aku mengambil upah menolong orang buat kuih raye,, hehe..:). seronok ade, penat ade. Tapi, aku dapat ilmu care2 macam mane nak buat kuih. Lagi2 biskut raye. Aku tolong orang buat kuih "biskut kapal". sedap taw. hehehe. Bile waktu petang, aku akan luangkan mase untuk pergi ke bazaar berdekatan untuk mencari lauk dan makanan berbuka. Bukan malas masak, tapi, buat tambah2 kuih yang ade. Hehe..
    

                    Ok, tulah aktiviti aku, during this fasting month. :). 



Nie lah kuih y aku bua hee..:)

0 comment
Monday, August 22

Ceciter Chinta :)





      Ceciter chinta nie di ceritakan tidak ada kena mengena mahupun yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hehe.


Ep 1 :
    Aku dan rakan karib ku ade urusan di sekolah pada hari tu. entah macam mane entah, member aku nie mengada suruh aku datang jumpe die keja kat rumah member die. Hurm pikir kan kawan aku pown pergi lah, jumpa kawan kelas aku tu kejap. Dalam otak aku ade jugak terlintas nak sangat tengok muke kawan die tuh, entah ensem ke tak.. hehehe. So kami pown berjumpe dirumah mamat tuh. aku singgah sekejap jek, aku dah nak balik dah pown, so nak buat ape lame2 kat rumah org tu, bukan dapat ape pown haha. Kenal pown tak.
(macam tu lah hari pertama kami jumpe, tak berpandang 1 sama lain, aku dengan ego aku hahaa, die pulak xkenal aku.)



Ep 2 :
    Kali nie lain, aku dengan kawan aku merangkap member die same2 pergi bandar tumpang kereta die. Aku memang tak taw pown yang mereke plan nak pergi tumpang mamat tuh. Sampai2 umh member aku jek, die dah tunggu dah . Malu nye aku ,yelah dah lah kene hujan, pastu lambat lak tuh. Dalam kereta aku banyak bercakap dengan kawan2 aku je, dengan die, sorry lah malas aku hahaha. Bukan ade topik pown haha. So, kami pown berjalan-jalan lah 1 bandar. Best lah jugak. Tapi aku tetap tak banyak bual dengan die, Rase segan tuh masih ade.


Ep 3 :
    Kat sekolah, "ayu aku bagi ko no die, ko contact lah sendiri eh, aku tak taw lah ko nak lagu ape, n bla bla bla" member aku said. Aku dengan rase malunye cakap "nanti lah aku contact die keyh." Kat rumah, tibe2 aku teringat kawan aku tu ade bagi no mamat nie kat aku. Aku mcg die buat pertame kali nyer hahaa. Die pown balas, adat lah dah orang bagi mcg mesti lah balas kan. So pastu tibe2 die tanye aku, aku pakai celcome ke, aku cakap yelah, die cakap amek lah no celcome aku sekali nanti senang nak contact, jimat sikit. aku pun save lah no die tu.



Ep 4 : 
    One day kawan aku ajak aku kuar lagi dengan mamat nie. Tapi kali nie kami bertiga. Mase nie saje2 nak keluar,. Kawan aku nie nak aku tolong die pilihkan hadiah y the best untuk insan yang dia minat. so, aku pown teman kan lah. Mase dekat kedai jual macam2 hadiah tuh. Aku pown mule lah bila nampak teddy bear, mula nak pegang2. Aku nie mmg minat kat teddy bear nieh. Haha, then entah macam mane, mamat tuh boleh acah2 aku dengan teddy bear monyet. Aku dah lah geli dengan monyet . Then die beli lah patung mashimaru untuk accessory kereta die. Balik tu die tanya aku sama ade betul tak aku minat teddy bear. eh mesti lah minat. Hehehe.


Ep 5 :
    Bufday aku pown tiba. Time nie aku tak telefon dia,. Coz aku dah mula start mesej die since kami dah selalu keluar. Mana tak nye., kami bertiga rajin pergi berjogging. Boleh dikatakan aku dengan die nie dah banyak kali keluar, even bertiga.Tak sangka masa kami rapat tu, kami masing2 dah ade konflik dengan pasangan masing2. So, aku selalu kongsi masalah aku, die pown kongsi masalah die dekat aku mengenai pasangan die.Sampai lah kami rapat. Mase birthday aku, aku xdpt jumpa die, die ade urusan di perak. Majlis perkahwinan sedara die.So, dalam perjalanan die balik ke Muar, aku telefon die. Hehe aku bukan ape, suke dengar suare die hehe.. so sejuk ati aku hehe. Tibe2 dia tanye aku," ko minat teddy bear eh?" aku pown cakap lah,"mestilah minat, sape yang tak minat". dia cakap "saje tanya." aku pown malas sangat lah nak berharap kan. 


Ep 6 :
    Dia ajak aku jumpa. kali nie dia nak bagi aku hadiah. Waaa suke dalam ati nieh. Aku dah pikir dah, mesti dia nak bagi aku bebear nie. Huhu seronok2 . hehe. Jumpe kami tetap lagi bertiga, Aku masuk2 dalam kereta jek , aku dah terpandang 1 bungkusan hadiah, tengok macam hadiah untuk aku, aku tak nak lah perasan kan. So, aku pown buat tak taw jelah, Tibe2 die bagi taw tu hadiah aku. Wahh, aku nie tak taw dy bagi ape,aku dok picit2 hadiah tuh. Hahaa, last2 bukak tgk ade bebear. waaa hahaha best2. seronok giler lah. Dia bagi aku teddybear yang sememamngnya aku suka. huhu. :)


Ep 7 :
    Lepas tuh kami pown rajin lah bergayut. Sampaikan dah habis free kol pown die tetap kol aku tiap2 hari. sampai 234 pagi lak tuh. Nasib kat sekolah aku tak ngantuk. Mase tuh, masing2 dah ade krisis dengan ex masing2. So, aku dapat bual n contact dia dah buat aku lupe sikit2 pasal ex aku tuh. 


Ep 8 :
    Hari berganti hari. Masing2 dah tertanam rase suka antara satu sama lain. Mase yang dia nak cakap dia suka aku tuh, memang tak boleh blah, dia berkias dengan aku. hahaha. Aku taw nie mesti aku, tapi tak nak lah perasaan , so aku buat2 tak kenal sape perempuan tuh. Pandai gak aku berlakon kan. haha. 


Lama-lama kami makin rapat, dekat 6bulan aku tak terima dia sebagai bf aku. Pada aku , aku tak nak ade bf dulu selagi aku tak habiskan form6. Ingat lagi, aku terima cinta die, die bagi aku gelang. tapi sayng gelang tu dah putus. betapa ganas nye aku bile pakai gelang hahaha. Pape pown cinta kami dah hampir 2tahun. Dan kami berharap ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kami, dan mengakhirinya dengan ikatan yang sah. InsyaAllah mudah-mudahan.


-----------------------------untuk ajib----------------------------------------------------
Sayang sayangkan awak, sampai bila-bila. Semoga apa yang awak impikan , sayang harap ianya menjadi kenyataan. Jangan lupa solat taw. :) muuahhhx!!




    



0 comment
Saturday, July 30

Circle this Saturday (30th July 2011) on your calendar to partay at #XPlayOpera !!

Circle this Saturday (30th July 2011) on your calendar to partay at #XPlayOpera !!
0 comment

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
0 comment
Monday, July 18

Terkenang Zaman Sekolah






                          Diam tak diam dah 2 tahun aku meninggalkan bangku persekolahan sejak aku masuk U. Hurm terase rindu saat-saat persekolahan. Yelah mana taknye, mase zaman persekolahan, aku selalu buat kerja sekolah, skunk dah xde dah. Yang ade pown assignment . Semua tu tak same mase aku sekolah dulu.
                     Kat U aku diajar oleh pensyarah-pensyarah, kalau dekat sekolah, aku diajar oleh cikgu-cikgu. Hurm nak cerita pasal sekolah aku, banyak kot sekolah aku pernah pergi. hahaha.. Nie bukan cerita pasal lawatan ye, tapi pasal aku dah banyak kali tukar-tukar sekolah. Ha, bukan sebab aku nakal or ade buat salah, Tapi ade sebab, pindah rumah dan Sambunk belajar.





                 Ok lah first story aku mase aku sekolah rendah eh. Aku sekolah kat Sek. Keb. Bakri Batu 5, Muar.Aku sekolah kat situ dekat 6tahun lah, sejak 1997-2002. Lame kan.. Hehe macam-macam kenangan aku kat sane. Aku nie nakal dulu, almaklomlah ,budak-budak kan. Hahaha mane ade yang tak nakal. Kalau tak nakal tu makne nye tak normal lah tuh.. Hehehe.. guraw jek. :). macam0macam kenagan aku lalui mase kt sekolah tuh, Yang kena marah dengan cikgu lain, kena ejek dengan kawan0kawan lain, yang paling ngeri sekali kena injection dengan cek gigi.. OMG~~ gerun kowt haahaah..Hurm, tapi aku betul-betul rindu. Aku selalu berangan rase nak je aku putarkan balik mase ke zaman kanak-kanak aku tu,. Aku nak belajar betul-betul, nak jadi pelajar yang baik, tak nakal macam mase dulu. Hehe.. Aku tak nak kena marah dengan cikgu. Tapi apekan daya, aku tak dapat putarkan mase. So, keep on dreaming lah sayang~~.


              Lepas aku tamat sekolah rendah selama 6 tahun. Aku melanjutkan pelajaran aku di Sek.Men.Keb.Tun Dr Ismail,Muar. Ha ade cerita disebaliknya, sebelum aku nk masuk sekolah tuh, aku nie dah berangan nak masuk sekolah berasrama, padahal keputusan xseberapa, Cukup-cukup makan je kan. Tapi ye lah, mak aku ka, dia xbagi aku belajar jauh daripada die hehe. So,terbantutlah hasrat aku nak belajar n duduk kat hostel. Haha yang lawak nye ayah aku on jek aku nak belajar kat mane . HAhaha best kan.
Tapi tuh lah, aku tinggal lagi 1 minngu nak kena daftar sekolah, die bagitau aku belajar dulu kat sekolah biase dulu. So, nak wat macam mane, majoriti kate aku kena sekolah biase jugak. Hurm sekolah jek lah. Hehe, Best jugak lah sekolah nie, aq first batch mase tuh belajar science n math dlm BI. Huh bersemangat macam nak rak. Hahaha aku ade masuk kelas tarian lah, padahal kekok nie, perasan lembut hahaha. Tapi sayang aku tak lame kat sekolah tuh. aku sekolah situ 1 tahun jek. Pastu aku pon pindah lah sekolah lain, dengan alasan family aku pindah rumah.:)




               So aku tingkatan 2 aku sekolah okat sek.men.keb.tengku mahkota,muar. Hurm aku sekolah kat sekolah nie since 2004-2005. Sampai pmr jek. Form4 aku dah tukar sekolah lain dah. Aku dapat kawan2 baru, cikgu-cikgu baru, Perangai kawan-kawan y baru, macam-macam lah he..Aku mase nak masuk sekolah nie, bayangkan eh, aku start belajar lapas 1minggu kawan2 aku dah naik sekolah. Yelah mane taknye , cikgu sekolah lame xbagi aku tukar sekolah, ade ke patut dia suruh aku ulang alik dari rumah. Giler jauh kowt. hahaha .Tapi last2 dpt tukar gak.
    


          Mase form4 - form5, aku bertukar sekolah lagi. Hanie lah keje aku sik tukar sekolah jek an. Aku sekoalah kt sek.teknik segamat,johor. Ha kali nie aku dpt duduk hostel. bayangkan lah mak aku boleh xbagi aku pergi sekolah tu, dengan alasan jauh. Aku sedeyh gak nak pisah ngan family, tapi apekan daya, tawaran sudah diterima. Hehe. aku dapat sekolah yang same, n kos yang same, dengan member rapat aku sejak sekolah STM tuh. Haha tapi syg aq xdpt 1 dorm ngn dy. tu yang agak menyedihkan tuh haha. Tapi aku still ok. !minggu aku kat sane aku tak lalu makan. Yelah rindu kat mak. Hahaha.. Tapi aku tabah kan gak hati aku nie huhuhu. Mase Tuh aku dapat kos Kej. awam. Pegh mcm gempax kan kos nie tapi, hurm xdapat sambunk sampai poli pon. hahaha
    


        Tamat 2 tahun kat teknik, aku jalani latihan PLKN kt mersing, Johor. ha dah tamat tuh, Aku sambunk lah belajar kat STm balik as F6 student. haa ,, apa lah kan, dah kuar masuk balik. Dah tawaran aku dpt kat situ nak wat cane kan. 2 tahun aku belajar, amek business study, n economics. Dah tamat tuh, aku pown melanjutkan pelajaran aku ke U sampai lah sekarang. Berkat usaha dan doa semua guru dan ibu bapa aku berjaya bergelar siswazah di U tepatan, Alhamdulillah.:)            Tapi walaumacam mane pown, aku tetap rindu suasane sekolah. aku nak pakai baju sekolah, Kasut sekolah, Paling best nak pakai beg sekolah kaler oren hhaha.. Thats my favorite color ok. :P
Hehe, papepown mase tetap berjalan, dan bumi tetap berputar selagi masih ade kudrat. Dan aku seagai manusia harus melewati hari dan mase aku sebagai manusia dan khalifah di bumi ini, dengan melalui hari-hari yang bakal aku tempuhi dengan berbekalkan doa dan ketabahan. 
                 
                                                            Saya Sayang Sekolah Saya..:)



0 comment
Sunday, July 17

Cool Blog sememangnye Cool


                        Cool Blog.. semua mesti taw kan apa tu Cool Blog,, hahaha bohong lah kalau korunk tak taw.. potong jari lah hahaha.. Cool Blog nie salah 1 favorite drink aku kalau pergi Econsave ke, Wetax Parade ke, mane2 lah yang ade jual Cool Blog, aku mesti singgah. semata-mata nak beli Cool Blog.



                      Stall - stall Cool Blog semuanya menarik. Mana tak nya , Kaler die yang ala-ala pink tu, buat orang teruja. Pekerja die semua pakai uniform pink, topi pink, bak kate serbe serbi pink lah. Tu yang buat orang minat tu, nak-nak peminat kaler pink kan. hahaha, Dengan aku sekali terjerat same,, hahaha..Tapi seriously stall Cool Blog memang cantik, Bagi aku lah kan, stall die nie cute haha. Yelah menarik kot. mane tak ramai customer. kan. 




                           Nie lah sample menu2 air yang korunk boleh order, Huh aku tengok nie pown dah terliur dah, macam nak order semua jek, yelah sekarang kan tengah musim panas. Kalau ade air ais2 nie, pegh mau nye xbest?. Sejuk sikit tekak nie ha.  haha



                    Perisa yang paling aku minat sekali, ialah prisa Vanila.. Memang kalau beli perisa tu aku tak pernah miss, kecuali bila aku dah tak tau nak beli perisa ape, hahaha Mane tak nye dah Tiap minggu kalau beli perisa yang sama, mana tak jemu, kan?. hahaha .Lagi aku suke bile aku beli aku selalu gantikan pearl kepada jelly laici. Hurm baru lah sedap. Nie membe aku mase aku kerja dulu lah yang ajar aku beli perisa Vanila Milk shake nie. hahaha.
                   Ok bab Perisa Honeydew pown ok bagi aku, aku suke perisa nie coz rase honeydew die macam real.. hahaha serious, sedap gilew!! Nak2 ditambah dengan pearl die yang kentyal tuh,, peghh layan hahaha..(ayat ajib). Aku suke sangat minum air jus buah2 nie tu aku minat perisa nie, Bile aku kuar jek dengan c ajib aku always mintak dy belikan aku air jus sama ade jus tembikai, honeydew,or nenas,. haa,, tang jus nenas tuh ade kedai tertentu jek yang boleh buat aku suke dengan jus nenas tuh, hahaha. Kedai tu ade letak hirisan asam. Mau tak sedap, nak2 aku nie kaki makan asam kan. Tu yang jadi suke teramat hahaha..(tak sampai taksub lah).





                 Perisa kegemaran buah hati aku nie pulak, Oreo dengan chocolate blog Abc blog pown die minat,. Aku mula2 layan lah tp last2 aku tak minat. hahaha c die jelah yang minat. Oreo tuh specialnya dia ade letak biskut oreo, tuh yang jadi sedap. kalau yang Abc pulak, dyie nampak menarik, bagi aku lah kan, die menarik coz tone warne die hahaha. :) Kalau perisa Chocolate blog tuh pulak, rase chocolate lah, macam biase, cume ade pearl tuh yang jadi sedap,.:)
                Ha, tuh je yang aku nak share kan dengan korunk, Sorry lah kalau tak berape menarik. Almaklomlah , dah lame Xupdate blog nieh. Hehe,, Ok.. 


Have a nice day with Cool Blog!!
              
0 comment
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Time Is Running Out!!~

About Me

My Photo
Areyue Luvinnov
♥ areyue ♥ ♥ talk active & sensitive also ♥ ♥ just a simple person :) ♥ ♥ luv peace!! ♥
View my complete profile

My Lovely Counter

Post Terdahulu

get this widget here

Feedjit

Powered By Blogger

Archives

  • ► 2012 (10)
    • ► August (2)
    • ► July (3)
    • ► February (3)
    • ► January (2)
  • ▼ 2011 (47)
    • ▼ November (6)
      • Ciri-ciri Wanita mengikut zidiak
      • "kesempurnaan" .. =)
      • Disebalik tarikh 11.11.11
      • Go Team Malaysia!!
      • Saya dah mendaftar.. anda?!
      • Drama Emily tv3
    • ► October (5)
      • Demam Public Speaking..
      • "Go Green" y Xberapa nk "Green"..
      • When i was in primary school
      • Semangat Uitm
      • Jadual claz y sangat mantap!!
    • ► September (3)
      • Perangai nak naik sem
      • Raya ke 7
      • hari raya ke-2
    • ► August (5)
      • Hari Raya
      • Ramadan bakal meninggalkan kita.
      • Selawat Burdah.
      • Ramadhan
      • Ceciter Chinta :)
    • ► July (6)
      • Circle this Saturday (30th July 2011) on your cale...
      • How does getting rewarded through sharing sounds l...
      • Terkenang Zaman Sekolah
      • Cool Blog sememangnye Cool
    • ► June (11)
    • ► May (5)
    • ► April (6)

Followers

Powered by Blogger.
 

Anak Mama & Ayah

Daisypath Happy Birthday tickers

Aque & Si Dia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~La~La~La~

♥welcome peeps!♥