-->
skip to main | skip to sidebar
my destiny

Stay rewarded . Lets Try.

http://stayreward.com/index.php?share=132284

Pages

  • Let's get reward!!

Welcome

Welcome to http://areyuelilylalola.blogspot.com/ :) don't forget to be my follower ok :)
Thursday, November 17

Ciri-ciri Wanita mengikut zidiak


Sekadar Hiasan

Wanita Api
Aries (21/3-20/4) ,Leo (24/7-23/8), Sagittarius (23/11-21/12)

+Dilahirkan sebagai pemimpin.
+Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
+Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
+Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah dan mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
+Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
+Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar, wanita ini harus diberi ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
+Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.


Wanita Tanah
taurus( 21/4-20/5), Virgo(24/8-23/9), Capricon(22/12-20/1)

+Seorang yang boleh dijangka, berwibawa, dan praktikal.
+penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
+Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita ini berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
+Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
+Sifat marah yang terkawal serta kepeluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
+Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia.


Wanita Angin
Gemini(22/5-21/7), libra(24/9-23/10), Aquarius(21/1-19/2)

+berterus terang , berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
+Berfikiran terbuka, mempunyai data imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
+Bergaya , tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
+Sanggup mengorbankan kehendak iaitu idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
 +Sentiasa gigih unutuk mendapatkan cinta yang terunggul.
+Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
+Dikenal dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


Wanita Air
Cancer(22/6-23/7), Scorpio(24/10=22/11), Pieces(20/2-20/3)

+Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
+Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah simpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
+Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



Tips-Tips Tambahan :

*Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan anda tidak pernah berjalan sendirian.manusia jauh melebihi segala ciptaan lain perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu ,ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur. dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan , bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih sayang memberikan perhatian dan cintanya.



0 comment
Saturday, November 12

"kesempurnaan" .. =)

sumber dari FB
                       

                   Video nie aku download daripada FB. Video ini membawa mesej yang sangat bermakna. Dimana "ketidaksempurnaan" itu membawa erti yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Bila aku tengok dan menghayati kata-kata dalam video ini. Tersentuh seketika, bila aku sering kali marah bila insan yang aku sayang membuat perkara-perkara yang aku tak suka. Tapi hakikatnya, betul apa yang mesej ini sampaikan , bahawa suatu saat bila insan yang kita sayang telah tiada di sisi, perkara sebegitulah yang akan kita rindui. Hargailah orang yang kita sayang, jangan sia-siakan mereka. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

0 comment

Disebalik tarikh 11.11.11

                   
   

                   Pada tarikh keramat ini, ramai pasangan berlumba-lumba untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. ada yang sanggup berkahwin secara beramai-ramai, asalkan mereka dapat berkahwin pada tarikh 11.11.11. Tarikh ini memang membawa makna yang besar bagi mereka. Sebagai contoh, ramai artis di Malaysia mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tarikh ini seperti Dira Abu Zahar dan Helmi,Lan A to Z dan Siti Nur Ain, Ezlynn dan lain-lain. 




                    Pada tarikh keramat ini juga, Sukan Sea ke-26 telah membuka tirainya di Indonesia. Kontigen-kontigen yang menyertai Sukan Sea ini amat menantikan tarikh keramat ini. Acara ini berlangsung di Jakarta dan Palembang. Diharapkan agar Malaysia memperoleh kejayaan yang cemerlang dan membawa pulang pingat emas  yang ditarget. 







                    Tetapi malangnya, dalam kita bergembira dengan perkahwinan dan sukan dan sebagainya, ada tragedi yang telah meragut 4 nyawa dimana berlakunya kemalangan antara Bas dan traler di Slim River. 11.11.11 merupakan tarikh yang bermakna dan dianggap membawa tuah. Tetapi malangya tarikh keramat seperti ini juga membawa pelbagai tragedi yang buruk. Seperti tragedi kemalangan yang berlaku pada 10.10.10. Ucapan takziah dah Al-Fatihah kepada ahli keluarga mangsa.



# Sumber daripada Berita Harian dan metro.
# Gambar -gambar sumber dari Google.

1 comment
Friday, November 11

Go Team Malaysia!!

                 
              Go team Malaysia !! Sempena 26 tahun Sukan sea di Indonesia 2011. Hopefully, our team will be bring the gold pedal for Malaysia. =) I'm really proud to be malaysian. Jom!! same-same bagi sokongan untuk Malaysia. =)  Yeayhhhh 


Official Video 

Info Lagu nie:
* Gemuruh Suara  telah dilancarkan oleh TM dgn kerjasama majlis Sukan negara.
*Tujuan utama Gemuruh Suara adalah untuk menggabungkan penyokong dan menyemarakkan lagi semangat Malaysia Boleh dalam hati atlet negara.
*Lagu ini merumuskan semangat keghairahan penyokong sukan negara dan dapat menjadikan inspirasi atlet negara untuk memberikan yang terbaik dan membawa kembali kegemilangan kepada negara..
*Lagu ini dinyanyikan oleh Ramli Sarip,KRU, Hannah Tan, Suki Low, Mooky of One Buck Short & Caprice.



*Setiap bait lirik membawa makna yang besar
*"Jangan Cepat Mengalah"
*"tak ada yang mustahil, semuanya boleh" 


0 comment

Saya dah mendaftar.. anda?!

                Semalam aku dan kawan aku, Yunus dan Ecam pergi mendaftar mengundi kat Pejabat Pos Muar. Hehe, Mulanya, aku malas nak mendaftar, konon-kononnye aku nak jadi orang yang tak nak mendaftar. Haha , tapi, aku pikir balik, alang-alang dah datang dan dah berada di hadapan mesin no, terpaksa aku ambil no giliran. Hurm, takpe lah, demi negara ku yang tercinta. Cheeewahh. =)


                 Aku orang ke3 yang mendaftar, Kawan-kawan aku, siap nak tinggal kan aku kalau lambat. geram je, abang kat counter tu yang lambat. hehe. Lepas je aku siap mendaftar, aku dengan ecam pergi teman si yunus mencari baju kemeja untuk program dia naik cuti nie. Hurm yang buat kitorang penat, pergi banyak supermarket and store, tapi tetap tak jumpa baju yang same saiz dengan dia. Ape lah nasib , badan kurus salah, gemuk salah haha.. tapi nie, takat kurus maxima haha.

                Kiteorang pergi Astaka, then pergi Kheelas.. last2 aku ajak mereka nie pergi Wetex Perade.. yelah, asik cari baju xjumpa, dengan saiz tak ade. nasib baik jumpe dan dapat baju yang dia nak. lepas tu, aku pulak nak cari buah Dragon Fruit. Mama aku teringin nak makan. Kiterang pusing-pusing 1 Muar, last2 dekat pasaraya Freshco gak ade. 

              Dah dapat barang yang kitorang cari, kitorang pown lepak lah macam biase kat Tanjung Mas, Muar. Makan nugget + bual-bual dekat jam 630ptg kiterang gerak balik rumah. mula-mula yunus hantar ecam dulu, yang menarik sangat-sangat keadaan awan dan bulan yang sangat cantik, dan membuatkan aku merasa sangat-sangat kerdil. kerana keagunggan ciptaan tuhan. =) Alhamdulillah..


No giliran aku.


Nie dia salinan borang aku hehe.


pelangi petang jam 6.50 pm.

      






            
0 comment

Drama Emily tv3

                        Cerita Emily nie membuatkan penonton dia tergamam dan rase terpegun. mesti terdetik dala hati setiap penonton nak hero dia romentik. Aku tengok cerita nie, samapai aku boleh terpikir. betapa "best" dan ber"untungggg"nye aku kalau aku dapat berada dalam situasi dalam cerita tu. hehe =) (sorry terkuat berangan ) haha.

                       Kawan-kawan aku yang tengok cerita nie pown, masing-masing menyuarakan hasrat yang same. kalau boleh nak cerita nie ending dia lagi menarik. hahaha. tapi aku rase , jalan cerita dan susunan cerita dia, dah kire ok dah. =).. ok lah, pape pown. 5 bintang aku bagi untuk cerita yang betul-betul mampu membuatkan audience dia menjiwai dan merasai setiap jalan cerita nya. Tq..=)





emily!! hehe

Ady Putra & Nabila Huda

0 comment
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Time Is Running Out!!~

About Me

My Photo
Areyue Luvinnov
♥ areyue ♥ ♥ talk active & sensitive also ♥ ♥ just a simple person :) ♥ ♥ luv peace!! ♥
View my complete profile

My Lovely Counter

Post Terdahulu

get this widget here

Feedjit

Powered By Blogger

Archives

  • ► 2012 (10)
    • ► August (2)
    • ► July (3)
    • ► February (3)
    • ► January (2)
  • ▼ 2011 (47)
    • ▼ November (6)
      • Ciri-ciri Wanita mengikut zidiak
      • "kesempurnaan" .. =)
      • Disebalik tarikh 11.11.11
      • Go Team Malaysia!!
      • Saya dah mendaftar.. anda?!
      • Drama Emily tv3
    • ► October (5)
    • ► September (3)
    • ► August (5)
    • ► July (6)
    • ► June (11)
    • ► May (5)
    • ► April (6)

Followers

Powered by Blogger.
 

Anak Mama & Ayah

Daisypath Happy Birthday tickers

Aque & Si Dia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~La~La~La~

♥welcome peeps!♥