-->
skip to main | skip to sidebar
my destiny

Stay rewarded . Lets Try.

http://stayreward.com/index.php?share=132284

Pages

  • Let's get reward!!

Welcome

Welcome to http://areyuelilylalola.blogspot.com/ :) don't forget to be my follower ok :)
Saturday, August 18

Esok Raya

     Diam tak diam harini 18/8/12 merupakan hari terakhir puasa bagi umat islam.
 Alhamdulillah puasa kali ini tak letih sangat maybe sebab aku tak bekerja dan aku tengah cuti sem. =)
 Esok insyaAllah dah raya,Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin ..
 Tahun nie kita menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-55 tahun. 
Alhamdulillah semoga kemerdekaan dan kesejahteraan ini akan kekal buat selamanya..
So tahun ni merupakan perayaan MerdekaRaya lah kalau macam tuh.. 
Apa-apa pun Selamat Hari Raya ..=)
Dalam kita gembira menyambut hari raya esok, jangan pula dilupa kepada mereka yang telah tiada.
Dan juga kepada mereka yang serba kekurangan..
Okeyh.. 

E-card yang simple. Taksempat nak pos-pos nieh hehe
Selamat Hari Raya..


&
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Kali ke-55
Malaysia..




  
0 comment
Saturday, August 4

Cuti sem

     Hye diam tak diam kita dah 15 hari berpuasa, dan hampir nak raya. Hari nie aku nak kongsikan aktiviti / kerja sambilan aku mase cuti sem nie,, =)  Sepanjang cuti sem nie, aku buat tempahan kuih raya. Yes! Biskut raya.. hehehe Biskut Kapal/Kuih Kapal.. ha macam tulah. He mula-mula macam give up lah, yelah kena buat sorang-sorunk dari step bahan sampai bakar, Penat lah jugak.. Tapi bila dah banyak kali buat, eh! SERONOK! hehehe so nie sample kuih raya yang aku buat..  





0 comment
Monday, July 30

Pengalaman membuat Iklan "green bag"

          
(Sumber dari Pak Google)


             Macam-macam pengalaman aku dapat mase sem4.. seronok memang tak terkata.. Yelah, pergi lawatan untuk Group Assignment, program Jalinan Kasih lah, macam-macam lah, sampaikan aku rase sayang nak habiskan sem4 awal n habis kan lagi 2 sem untuk MASA nieh.. By The Way, aku nak shared aku punyer pengalaman mase buat iklan untuk "Tesco Green Bag" dalam subject Marketing Communication (MARCOM),, 

              Untuk subject nie, student diminta untuk membuat iklan y kreatif untuk product or brand y mereka pilih. So, kumpulan aku prefer untuk buat iklan Tesco Green bag coz umum tahu tesco green bag xade lagi iklan kat TV.. So, kitorunk nie act as a behalf of the Tesco Company to make a Television Advertisement for Tesco Green Bag. hehe Seronok taw, belajar how to persuade customer/viewer, how to use HEM n CPM, aplikasikan VIEW model, n macam-macam lah.. Seriously subject nie sangat-sangat best..

              step yang sangat mencabar sekali bila kitorunk nak buat storyline.. Brainstorming habis lah mase buat bende nieh,.. Pada mulanya storyline kitorunk lain, tapi last minit tukar.. Alhamdulillah semuanya OK..=) 
kitorunk berlakon kat Pantai Klebang untuk dapatkan feel kesedaran tuh, n kat Tesco Bandaraya melaka.. papepon hopefully, result untuk subject nie nanti THE BEST lah hehe =) Ni video or commercial ads y aku n group buat hehe ... Ok ke xok ke, yang penting KAMI BERUSAHA yeayh 



0 comment
Wednesday, July 25

Selamat berpuasa


         
         Hye kawan-kawan sekalian.. Masih belum terlambat lagi saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua.. =) semoga ibadah puasa kita dan segala amal ibadah diterima olehNya..
Puasa Jangan Tak Puasa Taw! hehe
0 comment
Thursday, July 19

i'm Back!!

Ehsan Atok Google

Hye,, sorry dah lame xupdate blog,, busy dengan class mase part4.. (wah! alasan terbaik hehe,) xpe papepon i'm back!! wait for my latest update after this okeyh =)

0 comment
Sunday, February 12

Awan nano!


                           Awan Nano! Gambar nie aku ambil petang tadi dalam jam520 pm. Aku pergi ke tanjung untuk menemani rakan aku berjogging. Aku macam biase lah, tak nak jogging. Baik aku lepak haha. Kebetulan kawan aku datang, diorang teman aku, sementara tunggu kawan aku berjogging.
                          Cuaca masa tu, tidak begitu mengizinkan lah. Awan mendung kelabu asap hahha.. Menunjukkan awan tuh dah sarat dengan air, sampai mase nak titiskan air hujan je. Sambil aku berbual merenung ke laut bersama rakan, tiba-tiba aku tertarik bila terpandang kepulan awan yang sedang mencurahkan air hujan. Keadaan dia sangat cantik. Sempat aku merakamkan gambar. SubhanAllah!! ianya memang sangat menakjubkan dan cantik =D. Tengoklah, macam mane keadaan awan yang sedang menurunkan hujan. 
0 comment

jadual sem 4 saya y TERBAIK! =D

                                Hari nie aku nak share jadual sem4 aku. Haishh , hari jumaat merupakan hari y aku kurang gemar. Yelah, ade kelas petang. Tak boleh balik lah macam nieh. Ini tidak adil! TerEMO lak tetibe kihkihkih..=D
                                Tapi papepown, aku bersyukur, jadual sem depan ade jugak gabnye. Hik hik hik. Adelah masa untuk aku tidur huhu.. Best lah weyh. Jadual yang TERBAIK!! Ok lah, semangat naik sem masih belom ade lagi buat mase nieh, tunggu jelah nanti. Agak dah 1minggu naik baru aku semangat kot haha.. Yeayh..




0 comment
Tuesday, February 7

Kenduri kahwin cikgu!!

                    Ahad lepas bersamaan 5 Feb 12 dan merupakan hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, aku dan rakan menghadiri majlis perkahwinan bekas guru kami semasa kami di tingkatan 6. Lokasi pengantin berada berhampiran dengan UiTM Alor Gajah. Nasib baik lah aku pernah pergi KAG tu, kalau tak , aku rase aku tak tau jalan, dan mungkin aku dan kawan aku sesat barat lah hahaha.


                   Terima Kasih kepada BF aku coz sudi pinjamkan GPS dia. Hehe. Memang sangat-sangat membantu aku untuk pergi ke rumah cikgu. Disebabkan aku nie mempunyai sikap terlampau CONFIDENT , so aku perlu kan GPS untuk pastikan ke CONFIDENT nan aku tuh betul. Hahaha.

                   Gerak dalam jam 11pagi dan tiba di rumah pengantin pada jam 130 pm. Sempat lagi aku singgah beli hadiah, disebabkan kitorunk last minit buat keputusan untuk beli hadiah .hahaha. Sampai-sampai je, terus tengok pengantin bersanding. Memang sama cantik sama padan. Hehe. Seru cikgu aku dah sampai. Seru aku bile lagi? Kawan-kawan sebaya aku 1 sekolah dulu, semua dah berumah tangga. Plus beranak pinak dah sekarang. hehe Hopefully, seru aku coming soon lah hehe.. =D 



                    That's all, Hopefully, cikgu aku bahagia dengan pasangan beliau, dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin. =D Kami doakan cikgu yang terbaik . InsyaAllah. 




Selamat Pengantin Baru =D

0 comment
Tuesday, January 31

Jadual kuliah sem depan

                 Baru je cuti 2 minggu, aku dah rase malas nak naik sem,, padahal cuti aku ade lagi sebulan.. ahaha,,Adat lah kan, dah penat 1 sem, so nak rehat kat rumah, release TENSION lah katekan.. Harinieh, hari last key in Kemahiran Insaniah (KI). dapat taw malam td, terus , bertungkus lumus RECALL balik, aktiviti yang aku dah join sem lepas. Tulah padahnye, bile buku KI tak bawak balik kampung. Nasiblah, aku boleh ingat balik, kalau tak ingat pape, tak isi lah jawabnye.. Papepown, TQ kepada kawan-kawan yang ingatkan aku isi markah KI tu okeyh.. =)
                 So, kat sini aku nak share lah, jadual kuliah aku untuk sem depan, nanti bile aku dah siap cari and buat jadual untuk sem depan tu, aku akan share share jugak, betapa beratnye subject aku sem4.. urghh, tengok buku sem4 yang aku beli daripada senior nie pown, naik pengsan hahaha.. lagi-lagi subjek MANAGERIAL ECONOMY (ECO555).. urghh ..okeyh lah, tu jeh, tak nak bebel panjang-panjang.. =) okeyh enjoy ur holiday..


jadual kuliah sem depan.. papepown,cuti sem depan up2minggu huhu

                     
2 comment
Monday, January 23

voucher RM200..

       Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi kami pelajar-pelajar ipta/ipts/kolej tempatan voucher RM200 setiap seorang. Voucher tu, actually for buy a text book for next sem. Tapi, aku dah beli awal-awal buku second hand from my senior and buy it half price. So, aku akan menggunakan voucher RM200 tu, untuk beli buku-buku text yang tidak djual oleh senior dan juga untuk beli buku-buku nota yang lain. Almaklum lah, setiap sem ,sekurang-kurangnye memerlukan RM500 untuk membeli uku text setiap sem. Kalau nak jimat, beli buku daripada senior separuh harga, memang jimat. hehe 



0 comment
Thursday, November 17

Ciri-ciri Wanita mengikut zidiak


Sekadar Hiasan

Wanita Api
Aries (21/3-20/4) ,Leo (24/7-23/8), Sagittarius (23/11-21/12)

+Dilahirkan sebagai pemimpin.
+Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
+Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
+Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah dan mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
+Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
+Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar, wanita ini harus diberi ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
+Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.


Wanita Tanah
taurus( 21/4-20/5), Virgo(24/8-23/9), Capricon(22/12-20/1)

+Seorang yang boleh dijangka, berwibawa, dan praktikal.
+penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
+Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita ini berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
+Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
+Sifat marah yang terkawal serta kepeluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
+Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia.


Wanita Angin
Gemini(22/5-21/7), libra(24/9-23/10), Aquarius(21/1-19/2)

+berterus terang , berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
+Berfikiran terbuka, mempunyai data imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
+Bergaya , tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
+Sanggup mengorbankan kehendak iaitu idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
 +Sentiasa gigih unutuk mendapatkan cinta yang terunggul.
+Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
+Dikenal dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


Wanita Air
Cancer(22/6-23/7), Scorpio(24/10=22/11), Pieces(20/2-20/3)

+Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
+Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah simpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
+Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



Tips-Tips Tambahan :

*Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan anda tidak pernah berjalan sendirian.manusia jauh melebihi segala ciptaan lain perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu ,ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur. dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan , bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih sayang memberikan perhatian dan cintanya.



0 comment
Saturday, November 12

"kesempurnaan" .. =)

sumber dari FB
                       

                   Video nie aku download daripada FB. Video ini membawa mesej yang sangat bermakna. Dimana "ketidaksempurnaan" itu membawa erti yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Bila aku tengok dan menghayati kata-kata dalam video ini. Tersentuh seketika, bila aku sering kali marah bila insan yang aku sayang membuat perkara-perkara yang aku tak suka. Tapi hakikatnya, betul apa yang mesej ini sampaikan , bahawa suatu saat bila insan yang kita sayang telah tiada di sisi, perkara sebegitulah yang akan kita rindui. Hargailah orang yang kita sayang, jangan sia-siakan mereka. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

0 comment

Disebalik tarikh 11.11.11

                   
   

                   Pada tarikh keramat ini, ramai pasangan berlumba-lumba untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. ada yang sanggup berkahwin secara beramai-ramai, asalkan mereka dapat berkahwin pada tarikh 11.11.11. Tarikh ini memang membawa makna yang besar bagi mereka. Sebagai contoh, ramai artis di Malaysia mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tarikh ini seperti Dira Abu Zahar dan Helmi,Lan A to Z dan Siti Nur Ain, Ezlynn dan lain-lain. 




                    Pada tarikh keramat ini juga, Sukan Sea ke-26 telah membuka tirainya di Indonesia. Kontigen-kontigen yang menyertai Sukan Sea ini amat menantikan tarikh keramat ini. Acara ini berlangsung di Jakarta dan Palembang. Diharapkan agar Malaysia memperoleh kejayaan yang cemerlang dan membawa pulang pingat emas  yang ditarget. 







                    Tetapi malangnya, dalam kita bergembira dengan perkahwinan dan sukan dan sebagainya, ada tragedi yang telah meragut 4 nyawa dimana berlakunya kemalangan antara Bas dan traler di Slim River. 11.11.11 merupakan tarikh yang bermakna dan dianggap membawa tuah. Tetapi malangya tarikh keramat seperti ini juga membawa pelbagai tragedi yang buruk. Seperti tragedi kemalangan yang berlaku pada 10.10.10. Ucapan takziah dah Al-Fatihah kepada ahli keluarga mangsa.



# Sumber daripada Berita Harian dan metro.
# Gambar -gambar sumber dari Google.

1 comment
Friday, November 11

Go Team Malaysia!!

                 
              Go team Malaysia !! Sempena 26 tahun Sukan sea di Indonesia 2011. Hopefully, our team will be bring the gold pedal for Malaysia. =) I'm really proud to be malaysian. Jom!! same-same bagi sokongan untuk Malaysia. =)  Yeayhhhh 


Official Video 

Info Lagu nie:
* Gemuruh Suara  telah dilancarkan oleh TM dgn kerjasama majlis Sukan negara.
*Tujuan utama Gemuruh Suara adalah untuk menggabungkan penyokong dan menyemarakkan lagi semangat Malaysia Boleh dalam hati atlet negara.
*Lagu ini merumuskan semangat keghairahan penyokong sukan negara dan dapat menjadikan inspirasi atlet negara untuk memberikan yang terbaik dan membawa kembali kegemilangan kepada negara..
*Lagu ini dinyanyikan oleh Ramli Sarip,KRU, Hannah Tan, Suki Low, Mooky of One Buck Short & Caprice.



*Setiap bait lirik membawa makna yang besar
*"Jangan Cepat Mengalah"
*"tak ada yang mustahil, semuanya boleh" 


0 comment

Saya dah mendaftar.. anda?!

                Semalam aku dan kawan aku, Yunus dan Ecam pergi mendaftar mengundi kat Pejabat Pos Muar. Hehe, Mulanya, aku malas nak mendaftar, konon-kononnye aku nak jadi orang yang tak nak mendaftar. Haha , tapi, aku pikir balik, alang-alang dah datang dan dah berada di hadapan mesin no, terpaksa aku ambil no giliran. Hurm, takpe lah, demi negara ku yang tercinta. Cheeewahh. =)


                 Aku orang ke3 yang mendaftar, Kawan-kawan aku, siap nak tinggal kan aku kalau lambat. geram je, abang kat counter tu yang lambat. hehe. Lepas je aku siap mendaftar, aku dengan ecam pergi teman si yunus mencari baju kemeja untuk program dia naik cuti nie. Hurm yang buat kitorang penat, pergi banyak supermarket and store, tapi tetap tak jumpa baju yang same saiz dengan dia. Ape lah nasib , badan kurus salah, gemuk salah haha.. tapi nie, takat kurus maxima haha.

                Kiteorang pergi Astaka, then pergi Kheelas.. last2 aku ajak mereka nie pergi Wetex Perade.. yelah, asik cari baju xjumpa, dengan saiz tak ade. nasib baik jumpe dan dapat baju yang dia nak. lepas tu, aku pulak nak cari buah Dragon Fruit. Mama aku teringin nak makan. Kiterang pusing-pusing 1 Muar, last2 dekat pasaraya Freshco gak ade. 

              Dah dapat barang yang kitorang cari, kitorang pown lepak lah macam biase kat Tanjung Mas, Muar. Makan nugget + bual-bual dekat jam 630ptg kiterang gerak balik rumah. mula-mula yunus hantar ecam dulu, yang menarik sangat-sangat keadaan awan dan bulan yang sangat cantik, dan membuatkan aku merasa sangat-sangat kerdil. kerana keagunggan ciptaan tuhan. =) Alhamdulillah..


No giliran aku.


Nie dia salinan borang aku hehe.


pelangi petang jam 6.50 pm.

      






            
0 comment

Drama Emily tv3

                        Cerita Emily nie membuatkan penonton dia tergamam dan rase terpegun. mesti terdetik dala hati setiap penonton nak hero dia romentik. Aku tengok cerita nie, samapai aku boleh terpikir. betapa "best" dan ber"untungggg"nye aku kalau aku dapat berada dalam situasi dalam cerita tu. hehe =) (sorry terkuat berangan ) haha.

                       Kawan-kawan aku yang tengok cerita nie pown, masing-masing menyuarakan hasrat yang same. kalau boleh nak cerita nie ending dia lagi menarik. hahaha. tapi aku rase , jalan cerita dan susunan cerita dia, dah kire ok dah. =).. ok lah, pape pown. 5 bintang aku bagi untuk cerita yang betul-betul mampu membuatkan audience dia menjiwai dan merasai setiap jalan cerita nya. Tq..=)





emily!! hehe

Ady Putra & Nabila Huda

0 comment
Tuesday, October 25

Demam Public Speaking..


                         Diam tak diam aku dah berada di minggu Public Speaking. Turn aku pulak tu. Even aku orang yang ke20 tetapi aku tetap rase gementar. Yelah, pada minggu nie, orang yang akan memulakan presentation adalah orang yang ke 15. So aku adalah orang yang ke5.

                        Seriously, gugup giler kowt. Yang membuatkan aku terasa berat, apabila aku kena ber'make up'. hahaha. Betapa beratnye muka aku. hehehe. Tapi aku rase macam, aku tak buat dengan bersungguh2. yelah, aku rase kawan2 aku lagi better daripada aku. shame on me lah. =(



                        Aku punye tajuk public speaking, ialah 'How i feel when i never step to Mount Ledang'.
macam biase je kan cerita aku nieh. Tapi nak buat macam mane, Dah lepas dah pown. Minggu depan , aku kena tunggu keputusan, whether aku dapat baik or tak. Seram nieehhh =( . Ok lah. Demam Public Speaking dah surut, tapi sekarang tinggal demam quiz ,test dan presentation on subject. Papepown, Bismillah Hitawakkal Tu Alallah.. =) 






                       *chayok2!! untuk jadi yang terbaik  ..!!
0 comment
Monday, October 17

"Go Green" y Xberapa nk "Green"..

                         Aku nak share sikit pasal program yang aku sertai pada minggu lepas. Pada 15hb Oct, Subjek Personal development (MGT538)  UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah mengadakan satu program dimana, para pelajar yang mengikuti atau mengambil subjek PD perlu mengikuti satu program Go Green.

                        Program ini diadakan di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Program ini diadakan selama 1 hari. Di mana aku dan rakan-rakan aku bertolak pada jam 9pm pada 14hb. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak lah. Hehe. Sampai2 je aku di bahagikan bilik. Nasib baik 1 aras dengan member aku, dan aku dapat jugak 1 bilik dengan roommate aku. =).. 



                      So keesokkan nye, kami berkumpul pada jam 8am. Hurm , macam2 hal dengan aku ambil baju tanpa menulis name. Ish sangat memalukan. haha nasib baik yang uruskan baju tu, rakan kelas aku. So, tak lah bengang sangat. lagi pown, aku dah bayar. =).


                      Pada jam 830 lepas jek sarapan, kiteorunk pown bergerak lah menuju ke Dewan Taming Sari yang baru dibina. Punye lah penat bila ,aku dan yang lain kena menapak mendaki bukit, turun bukit.. fuhhhh selama 20 minit.. jauh kan. Seriously penat sangat-sangat. Sampai aku rase tak berdaya lagi dah hehe. Macam biase program start dengan lagu, doa, nyanyi . n ucapan. Lepas tuh start lah Go Green kami.

                    kami perlu menanam 300 batang pokok yang telah di'sponsor'. Huh bayangkan betapa penatnye kami. Program tamat jam5 ptg. Masing-masing bila dengar je nak balik, semua suka. Tapi tu lah, bus kami tetap jam10 malam. hurm,, jujur aku cakap, Program nie tak berapa best, coz tidak mengikuti segala perancangan yang telah ditetapkan. Hurm. papepown.. kami telah berjaya menanam 300 pokok dalam 1 hari. =) Yeaaayyhhhh ..


Smile2 hehe =) posing kejap


Lepas solat subuh.

Tunggu Sarapan pagi.


Bersama Mr Rabbit & Mr Tiger.

Bersama Pokok Bunga.


Bersama Beruang.

Bersama Pokok.

* papepown, program nie sangat best, dapat buat community service :) hehe 

0 comment
Thursday, October 13

When i was in primary school

                          Teringat zaman sekolah,. Mase kat sekolah aku nie nakal tak lah sangat. Alah nama pon budak-budak kan. Paling seronok bila zaman sekolah rendah kita kenang kembali. Yelah, sape tak rindu zaman sekolah rendah dulu kan. Walaupon aku dah belajar kat tempat lain dan dah pencen pakai baju sekolah nie, tapi tetap terkenangkan zaman sekolah. 


                          Paling aku ingat zaman sekolah aku, mase aku sekolah rendah. Mane tak nye, aku sekolah rendah 6tahun di sekolah yang sama. So, macam-macam kenangan aku dah lalui kat sane. Pengalaman aku takut dengan doctor gigi, takut kena injection, takut dengan cikgu yang ajar bahasa Inggeris, dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu kenangan. Aku hanya mampu mengimbas kembali kenangan ketika itu.


                         Bila aku cerita pasal sekolah rendah nieh.Teringat aku pada seorang guru yang pernah menjadi guru kelas aku dan adik-adik aku ketika kami pernah bersekolah di sana. Masa tuh tengah raya , aku boleh jumpe dengan bekas cikgu aku tu mase aku dan keluarga beraya rumah sedara mama aku.


                         Betapa kuat ingatan cikgu aku tu, sampai dia naik je rumah, terus tanya mana 1 anak murid dia dulu. Ayah aku, dengan spontan cakap "kakak". Mau tak terkejut aku. Cikgu tu ade lah.. Cikgu Muhaya. Hehe guru kelas aku mase darjah 1. Tengok sampai sekarang dia tetap ingat anak murid dia.


                         Aku ingat lagi dia suka puji anak murid dia. Dia pernah cakap dia suka mata aku. HAHA ade apa dengan mate nie? ade eyeback kowt hahaha.. Tapi dia pesan kat aku, kalau kawen jangan lupe jemput dia. Ye cikgu lah yang akan dapat kad jemputan yang terawal sekali. HEHE. Berangan je aku nieh. Ok lah, bebel panjang pown tak guna. 
                     
                         Last words aku nak cakap "Saya SAYANG CIKGU-CIKGU saya" . Tanpa cikgu, saya tak kan berjaya menjejakkan kaki ke alam Universiti. TQ cikgu. :)




Nie lah gambar kelas aku mase aku darjah 5Usaha/2001
~carilah mane 1 aku hahahaha..~ cari yang paling cute sekali taw.. :P


*download dari Tweeter facebook.. :D

2 comment
Wednesday, October 12

Semangat Uitm

                             Tadi petang dalam jam230 petang, aku dan rakan-rakan kos "Marketing" ade Extraordinary Grand Meeting. Dalam audi tu dah lah sejuk. naik beku aku dengan member-member aku. Nak-nak kitorunk minum "Cool blog" lagi. hehehe..
  

                              Macam biase lah, setiap permulaan majlis mesti menyanyikan lagu negaraku, lagu Uitm dan doa. Nie nak konsi sikit pasal menyanyi nieh. Alamklom lah dah cuti 4 bulan mase cuti sem yang lalu, so dah lame lah tak nyanyi lagu uitm tu kan. so, bile dah naik sem, pastu ade majlis dan program yang kena nyanyi lagu Uitm tu, hurmm bukan main semangat lagi dok melalak. hahaha.

                             Sampaikan, 1audi tuh bergema dengar suara kiteorunk nyanyi. Hahaha.Tapi serius lah, aku memang suka dengar lagu uitm nie. Bak kate orang tu, kalau kita menghayati, so kite dapat message yang nak disampaikan tuh.
                     

                             Tapi memang betul pown. Aku sampai nak study kalau dah mule tak de mood, aku terus pasang lagu uitm kuat-kuat biar bagi semangat sikit hehe. Nieh, aku nak kongsikan lagu Uitm yang sangat-sangat best dan bagi semangat kat aku,betapa bangganya aku jadi "student" Uitm , "especially" Uitm Kampus Bandaraya Melaka (KBM)  :)...


Uitm Di hatiku

  
Wawasan setia pelajar 

3 comment
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Time Is Running Out!!~

About Me

My Photo
Areyue Luvinnov
♥ areyue ♥ ♥ talk active & sensitive also ♥ ♥ just a simple person :) ♥ ♥ luv peace!! ♥
View my complete profile

My Lovely Counter

Post Terdahulu

get this widget here

Feedjit

Powered By Blogger

Archives

  • ▼ 2012 (10)
    • ▼ August (2)
      • Esok Raya
      • Cuti sem
    • ► July (3)
    • ► February (3)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (47)
    • ► November (6)
    • ► October (5)
    • ► September (3)
    • ► August (5)
    • ► July (6)
    • ► June (11)
    • ► May (5)
    • ► April (6)

Followers

Powered by Blogger.
 

Anak Mama & Ayah

Daisypath Happy Birthday tickers

Aque & Si Dia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~La~La~La~

♥welcome peeps!♥