-->
skip to main | skip to sidebar
my destiny

Stay rewarded . Lets Try.

http://stayreward.com/index.php?share=132284

Pages

  • Let's get reward!!

Welcome

Welcome to http://areyuelilylalola.blogspot.com/ :) don't forget to be my follower ok :)
Monday, June 20

Cerita kelakar * Cerita kelakar

Takleh cakap masa makan

Sebuah keluarga yang sangat-sangat bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu dan seorang anak sedang makan bersama.

Anak: Ayah, di...
Ayah: Diam, sewaktu makan tidak boleh bercakap!

Setelah selesai makan.
Ayah: Nak, waktu makan tadi,apa yang ingin kamu katakan?
Anak: ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada seekor ulat!




Penerbitan filem yang kedekut 'budget'.

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih di dalam dunia. Di dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit: Saya akan menggunakan dua pasukan tentera dan setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah: Kalau dua pasukan menjadi 50 ribu. Bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit: Inilah yang saya telah rancangkan. Kita guna peluru hidup!




Kopi itu panas.

Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin  : Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi itu?
Wafdi: Kopi ini panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...




Singa yang baik?

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tidak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: Ah leganya. Singa baik rupanya. Selamatlah aku. Lega!
Singa      : Ya. Singa yang baik selalu baca doa sebelum makan. Wakakakakaka! 
0 comment

Paku di Dinding

           
Hanya sekadar hiasan.
            Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat menyawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. 
           Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda itu.
""Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu." jawab ayahnya.
          Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
          Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walu sekalipun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada suatu hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
         Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tidak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.


Kesan paku.



        *Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


:)


        
0 comment
Saturday, June 18

Selamat Hari Ayah ..(Jun 2011)



                       Selamat Hari Ayah .. :)


       
           Selamat Hari Ayah kepada ayah saya, En. Jailani Bin Hamdan, semoga ayah panjang umur, dilimpahi rahmat dan hidayah Allah dan juga diberi tubuh badan yang sihat.. Sayaaaaaannng Ayah.!!!!!!
             Serbe sedikit mengenai ayah aku:~,, dia seorang yang tegas tapi disebalik ketegasan dia, terpalit rasa kasih dan sayang dia kepada anak2 dan family tercinta. Ayah seorang yang susah nak mempamerkan rase marah dia kepada anak2, Malah ayah tak pernah memukul kami walaupon dengan secebis cubitan,, apabila dia marah , dia cuba untuk mengawal kemarahan dia..
        ayah seorang yang tekun bekerja untuk mencari nafkah membesarkan anak2nya, dia tak penah mengeluh sedikit pun dikala dia dalam keletihan, Walaupun demam, dia tetap bekerja untuk mencari nafkah untuk kami..:)
         Kadang-kadang aku rase kasihan bila tengok dia penat bekerja,malam keluar untuk membuat kerja sambilan sebagai direct sale link,, begitu kuat dia bekerja semata2 untuk menyara kami,, kegigihan dia membuatkan aku merase ingin belajar bersungguh untuk membantu keluarga apabila berjaya nanti.
         Dia selalu buat lawak kalau mama aku dalam kesedihan, sebab tu lah mama aku bahagia bila berkahwin dengan dia.. alhamdulillah,, bagi aku ayah tiada gantinya, walaupun diberi tukaran dengan emas permata sekali pun, aku tetap nak ayah..:) aku sebagai anak sulung berjanji akan jadi yang terbaik untuk family tercinta dan akan belajar bersungguh2 untuk menjadi kebanggaan dia..:)
           Ayah terima kasih diatas segala ilmu,dan tunjuk ajar kpd akak selama nie.. dan halalkan lah segala makan dan minum akak dan adik2 selama kami kecil hingga lah sekarang..:) jasa ayah tetap akk kenang sampai bila2 dan akak berjanji akan jadi y terbaik dalam keluarga dan akan mencapai segala impian ayah selama ini untuk melihat akak berjay..InsyaAllah,, ..:)
        Akak nak bagitau ayah bahawa akak Sayangkan ayah sangat,sangat,sangat,sangat...... (tak terkata).. Terima kasih kerana menjadi ayah y terbaik untuk kami,, dan akak bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan ayah sebagai bapa kepada kami..:) We Love You AYAH!!!!!! Muaaaahhhx...

                             DOA UNTUK IBU DAN BAPA:

Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kita agar mereka dirahmati Allah SWT.. 
Aminn...



0 comment
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Time Is Running Out!!~

About Me

My Photo
Areyue Luvinnov
♥ areyue ♥ ♥ talk active & sensitive also ♥ ♥ just a simple person :) ♥ ♥ luv peace!! ♥
View my complete profile

My Lovely Counter

Post Terdahulu

get this widget here

Feedjit

Powered By Blogger

Archives

  • ▼ 2012 (10)
    • ▼ August (2)
      • Esok Raya
      • Cuti sem
    • ► July (3)
    • ► February (3)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (47)
    • ► November (6)
    • ► October (5)
    • ► September (3)
    • ► August (5)
    • ► July (6)
    • ► June (11)
    • ► May (5)
    • ► April (6)

Followers

Powered by Blogger.
 

Anak Mama & Ayah

Daisypath Happy Birthday tickers

Aque & Si Dia

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~La~La~La~

♥welcome peeps!♥