Sekadar Hiasan
Wanita Api
Aries (21/3-20/4) ,Leo (24/7-23/8), Sagittarius (23/11-21/12)+Dilahirkan sebagai pemimpin.
+Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
+Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
+Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah dan mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
+Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
+Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar, wanita ini harus diberi ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
+Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.
Wanita Tanah
taurus( 21/4-20/5), Virgo(24/8-23/9), Capricon(22/12-20/1)
+Seorang yang boleh dijangka, berwibawa, dan praktikal.
+penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
+Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita ini berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
+Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
+Sifat marah yang terkawal serta kepeluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
+Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia.
Wanita Angin
Gemini(22/5-21/7), libra(24/9-23/10), Aquarius(21/1-19/2)
+berterus terang , berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
+Berfikiran terbuka, mempunyai data imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
+Bergaya , tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
+Sanggup mengorbankan kehendak iaitu idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
+Sentiasa gigih unutuk mendapatkan cinta yang terunggul.
+Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
+Dikenal dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
Wanita Air
Cancer(22/6-23/7), Scorpio(24/10=22/11), Pieces(20/2-20/3)
+Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
+Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah simpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
+Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Tips-Tips Tambahan :
*Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan anda tidak pernah berjalan sendirian.manusia jauh melebihi segala ciptaan lain perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu ,ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur. dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan , bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju setiap hati manusia di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih sayang memberikan perhatian dan cintanya.