Bila kita cerita pasal bulan puasa ni, mesti kita akan terpikir, adakah kita dapat berpuasa dengan penuh keberkatan, ataupun hanya berpuasa atas nama Islam? Renung2kan lah. ibadah puasa ni, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi aku berpeluang dan diberikan kekuatan untuk aku mendirikan solat teraweh berjemaah di masjid berdekatan. Beruntungnye aku bila masjid berada depan rumah. jadi aku tak boleh lepas kan peluang yang hadir ini dengan sia2. Berkemungkinan juga ini merupakan peluang yang terakhir. Siapa tahu, ajal maut semua ditangan Allah. Kita sebagai insan yang hanya menumpang di bumi ini hanya mampu berusaha untuk peroleh keberkatanNya.
Bila kita cerita menyenai sola teraweh, Bulan puase ini jangan lah kita sia2kan dengan perkara yang tidak berfaedah. luangkan masa untuk membaca ayat2 suci Al-Quran. kerana Al-Quran merupakan fadhilat yang agung yag telah ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. pahala dan ganjaran akan diberikan berlipat kali ganda jika kita membaca setiap huruf ayat Al-Quran ketika di bulan Ramadan. dan jangan lupa untuk melakukan sedekah kepada fakir miskin.
Rasa bersyukur dan bertuahnya aku bla aku dilahirkan sebagai umat Islam dan lahir dalam keluarga Islam. Alhamdulillah. Semoga segala amal dan ibadah kita di bulan puasa ini di terima dan diberkati Allah.
InsyaAlah.. Salam Lebaran buat anda semua. Maaf Zahir dan batin jika ada terkasar bahasa, salah dan silap. :) Sesungguhnya kita insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Wasalam.
0 comment:
Post a Comment