Sebuah keluarga yang sangat-sangat bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu dan seorang anak sedang makan bersama.
Anak: Ayah, di...
Ayah: Diam, sewaktu makan tidak boleh bercakap!
Setelah selesai makan.
Ayah: Nak, waktu makan tadi,apa yang ingin kamu katakan?
Anak: ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada seekor ulat!
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih di dalam dunia. Di dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.
Penerbit: Saya akan menggunakan dua pasukan tentera dan setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah: Kalau dua pasukan menjadi 50 ribu. Bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit: Inilah yang saya telah rancangkan. Kita guna peluru hidup!
Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi itu?
Wafdi: Kopi ini panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tidak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: Ah leganya. Singa baik rupanya. Selamatlah aku. Lega!
Singa : Ya. Singa yang baik selalu baca doa sebelum makan. Wakakakakaka!
0 comment:
Post a Comment