hiasan semata2
Tepat jam 1230 malam, anak2 kecil2 ini tidak lagi pulang kerumah.. padahal masjid dan rumah hanya berapa langkah sahaja. Ahli keluarga mulai risau,. Tepat jam 1 pagi, anak2 kecil ini pulang kerumah melalui jalan kampung y sangat gelap. 'Ibu bertanya,' kenapa lambat balik?', adik menjawab, 'Tadi ade nyanyian tu lambat balik'. Masing2 masuk tidur.
Pada keesokkan harinya, semua ahli keluarga ingin pulang ke kampung halaman belah mertua masing2,. Family ku bertolak dari JB untuk pulang ke kampung.Dan masing2 ingin bercuti untuk menginap di Hotel berdekatan. Aku telah berpecah dengan family ku. mereka mendapat bilik y sama, malah aku terpaksa duduk 1 bilik hotel bersama atuk sedara aku dan nenek tiriku. Pertama kali aku jejakkan kaki didalam bilik itu, aku merasakan sesuatu yang aneh sekali. Aku dapat rasakan bahawa, ade sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Aku bertanya khabar kepada Adik2ku yang sebilik dengan ibu dan ayahku. Mereka kata, semua baik2 sahaja. Pada belah petang aku bertolak dari hotel ke rumah sahabat karibku yang kebetulan tinggal berhampiran hotel dimana aku menginap.
Setibanya aku dirumahnya, mereka sedang mengemas rumah, keadaan masa itu agak gelap dan suram (alka2 maghrib). Aku bertanya khabar kepada rakanku, 'Ko datang tak rumah siti nanti?' dia jawab, 'sorry lah aku dah nak naik sem, esok aku balik sane'. Aku terdiam. Ibunya bertanya kepada aku, 'tinggal kat hotel tuh ke??', Aku menjawab, 'ye cik , kenapa?'. dia menjawab,' hati2 ditingkat 5 agak keras sedikit.'. Tibe2 hati aku mula berbisik,'adakah ape yang aku rasa itu adalah 1 petanda??'. aku meminta izin kepada mereka untuk pulang ke hotel kerana hari sudah hendak malam.
Sampai sahaja di hotel tersebut, aku cube untuk bertanya kepada receptionist yang berada di hadapan. Aku bertanya,' nak tumpang tanya, hotel ini ade tinggal kan pape sejarah ker?', Perempuan yang berbaju seragam itu menjawab, 'tidak ade ape2 cik, kalau ade pown biasalah macam tempat2 lain,orang kate keras.'.. Aku dah mule seram,'keras??' dia menjawab, 'memanglah keras sebab hotel nie dibuat daripada batu!', dengan terbahak2 mereka ketawa. Aku terus berlalu pergi.
Tiba di pintu lif, aku terasa sunyi sangat, aku melihat bilik2 hotel di aras bawah ini seperti tidak berpenghuni, dengan lampu koridor tidak dibuka, seolah2 tiada pengunjung. Tapi di luar pintu banyak kasut tersusun penuh di setiap bilik. Hurmm, aku pandang di parking lot seketika sementara menunggu lif, aku lihat penuh dengan kereta.. Aneh!! tak kan jam seawal begini sudah tidur??. 'Ting tung' lif dah terbuka.. aku pown melangkah masuk ke dalam lif.
Ketika berada di dalam lif aku terasa seperti lama nak sampai, padahal bilik aku di tingkat5. Kenapa nie??. Tidak lame kemudian aku merasa seolah2 lif itu berat untuk bergerak. Aku tak sedap hati. Tiba2 lampu lif, sekejap ade sekejap xde,(mcm chipsmore) .. Aku tekan butang 5 banyak2 kali agar lif tu berhenti di aras 5. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Aku keluar lif dengan keadaan yang cemas dan pucat.
Aku cuba untuk membuka pintu bilik hotel aku, tiba2 rasa kunci nie salah, dah banyak kali aku pulas2 tombol pintu nie. Tiba2, pintu terbuka sendiri, kelihatan atuk sedara aku dan nenek tiri aku sedang berkemas untuk pulang,. Aku bertanya, 'nak pergi mana? kan kita baru je sampai tadi petang, tak kan dah nak balik?'.
mereka tidak menjawab 1 patah pun. Aku pown beredar masuk bilik, lalu tertidur.
Tepat jam 1200a.m , aku tersedar daripada tidur. aku bangun dan melihat atuk dan nenek ku sudah tiada. Aku terus mengunci pintu dan sambung tidur semula. Pada keesokkan harinya aku pergi ke bilik ibu dan bapaku, bila aku cuba untuk mengetuk pintu bilik, tiba2 ada orang menegur, 'awak nak apa cik? ini bilik saya'. Terkedu aku seketika. Aku segera menelefon Ibu dan bapaku, meraka pulang awal kerana ada hal keluarga di kampung. Mereka menyuruh aku habiskan tinggal dihotel itu lagi 2 hari kerana mereka sudah bayar.
Aku pergi ke bilik ku semula, Semasa aku tiba di pintu , kedengaran seperti ade suare2 asing di dalam bilik ku. Aku segera membuka pintu, kelihatan nenek dan atuk sedara ku masih ada. Terkejut melihat aku, mereka menyapa aku, 'eh da bangun?'. Aku tergamam, bukan mereka sudah balik ke rumah masing2 ke .
Aku pown beredar, aku berjalan2 disekitar hotel. Kelihatan banyak kereta tetapi aneh penghuni nya tiade.
Tak kan tidur lagi kowt, hurmm..
Aku pulang ke bilik pada jam9 mlm. Bukak sahaja pintu, kelihatan nenek dan atuk sedara ku sedang sibuk memasak, Masing2 sedang memerah santan untuk masak lemak, aku hairan kenapa dalam bilik hotel nie boleh masak?? Aku pown keluar semula untuk bertanya kepada receptionist. Bila aku tiba di kaunter pertanyaan, seorang receptionist tiade di counter. Aku kembali ke bilik. Tiba2 artuk dan nenekku tiade, aku hairan, jam dah pukul 1230 mlm nie. Mana mereka pergi?. Aku pergi ke tandas untuk mencuci muka, tiba2 air tiade, aku cube menelefon receptionist untuk menghantar air, tepat jam 3 pagi, nenek dan atuk ku pulang.
Aneh! mereka tidak memberi salam langsung. Padahal mereka tidak lekang dengan memberi salam sebelum masuk ke rumah. Mereka dengan keadaan gembira, masuk ke rumah dan menegur. ' eh, tadikan xde air, nie kenapa ade air dalam baldi ni? sapa yang bagi?.. aku pown menjawab, ' orang hotel nie yang hantar, tadi mintak kat pihak hotel. nak cuci muka tak de air.' Dengan berang, nenek aku menjawab, 'siapa suruh mintah air? kan aku dah siapkan air santan untuk ko cuci muka dan mandi,! air tu aku penat2 buat untuk ko!'. terdiam aku bila nenek aku bersuara kasar.
Tanpa bertanya aku terus mengambil air perahan santan yang mereka sediakan untuk aku. Aku dipaksa untuk mencuci muka dihadapan mereka. Atuk sedara ku menyapukan air itu dimuka ku, sambil menenung mukaku dengan keadaan yang memelikkan. Tiba2 aku terasa gatal dimuka, kebarangkalian muka aku tak sesuai dengan air tu, aku ternampak 1 baldi air bersih ade di sinki. Aku lihat nenek dan atuk sedaraku leka berbual, dengan pantas aku membilas muka ku,.
Tiba2. 'hey!! sapa suruh ko bilas?!!' nenek dan atuk sedara ku menjerit. Aku terkedu, 'tak tahan gatal muka nie'. Mereka tiba2 seolah2 naik hantu dan ingin mencekikku. aku berlari menuju ke lif, kelihatan lif itu seperti uzur. Aku tidak ada pilihan lain selain menggunakan tangga untuk turun. Nenek dan atukku mengilai2 ketawa, Aku menyusuri anak2 tangga dengan perasaan cemas, aras 5 tapi nak sampai ke aras bawah makan masa yang lama, Dalam hati tidak berhenti berzikir.
Tiba di aras bawah, aku ingin menuju ke counter untuk membuat panggilan. Malangnya, apa yang aku lihat, Counter itu sudah uzur dan bersemak samun, aku berlari keluar hotel, Sambil aku berlari untuk mendapatkan kereta, aku toleh ke arah hotel. hotel itu kelihatan seperti bangunan uzur yang sudah lama ditinggalkan. Kereta yang aku lihat banyak memenuhi ruang parking lot, hanyalah timbunan2 kayu dan batu2 besar. Tiba aku di kereta, aku cepat2 menghubungi ibu dan bapaku, mereka memberitahu bahawa nenek dan atuk sedaraku sudah balik ke kampung bersama2 mereka,. Jadi??!!! yang tinggal dengan aku tu sape???.
Lantas aku menghidupkan enjin kereta lalu pergi meningkalkan perkarangan hotel berkenaan pada jam 5 pagi. Keesokkan harinya aku bertanya kepada keluarga kawan karibku, Rupa-rupanya hotel itu memang benar2 wujud. Tapi sayangnya terbengkalai begitu sahaja sejak berlaku peristiwa2 aneh dan berlaku kematian di aras 5, di mana bilik aku menginap. OMG!!! aku terus pulang dan menceritakan pengalaman aku dan kejadian yang berlaku kepada keluargaku.
*nukilan=> mimpi yang diolah dan diubahsuai oleh owner. :)
0 comment:
Post a Comment